1. Bagaimana untuk saya tahu jika pembelian saya sudah diterima?
Anda akan menerima notifikasi resit pembelian melalui email yang dihantar oleh pihak kami
2. Bagaimana untuk saya melakukan pembelian?
1- Cari produk yang anda berminat, tekan pada gambar produk tersebut kemudian laman produk akan keluar berserta maklumat penuh tentang produk itu.2- Anda perlu memilih variasi / kombinasi yang anda suka dan pastikan setiap
pilihan / ruang diisi serta dipilih mengikut jawapan yang sesuai.3- Apabila anda sudah selesai membuat pilihan, tekan pada icon “Add To Cart”
untuk melakukan proses pembayaran di bahagian pembayaran.
3. Adakah pihak kami menerima pembelian melalui telefon atau media sosial?
Ya kami terima tetapi kami sangat mencadangkan anda melakukan proses
pembelian melalui laman web kami kerana anda akan mendapat lebih banyak faedah seperti:• Proses pembelian akan lebih cepat dan mudah
• Anda boleh mendapatkan maklumat penuh tentang produk yang anda berminat
• Segala maklumat peribadi anda lebih selamat
• Anda akan mendapat harga promosi dan hadiah (Mengikut terma dan syarat)
4. Bolehkah saya membuat pesanan secara “customized” atau dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan dekorasi majlis seperti majlis hari lahir dan sebagainya?
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan kami untuk mendekorasi majlis anda, kami mencadangkan supaya anda menghubungi pihak kami secara terus untuk memudahkan proses perbincangan. Maklumat untuk menghubungi pihak kami secara terus boleh anda dapatkan di ruangan “Hubungi Kami”
5. Bilakah waktu operasi & penghantaran Hanis Chocolate And Flowers?
Waktu Operasi
• Isnin hingga jumaat : 9 pagi hingga 6 petang
• Sabtu : 9 pagi hingga 1 petangWaktu Penghantaran
• Perjalanan 1 = 9.30 pagi hingga 12.30 petang
• Perjalanan 2 = 2.30 petang hingga 5.30 petang
6. Adakah kami melakukan penghantaran pada hari yang sama selepas pembelian dilakukan pada hari yang sama?
Ada, sila masuk ke bahagian "Last Minute Order"
7. Bagaimanakah jika saya ingin mengambil sendiri produk yang saya beli?
Anda boleh memilih pilihan “ambil sendiri” di ruangan pemilihan penghantaran dan seterusnya datang sendiri ke kedai kami. Caj penghantaran tidak akan dikenakan.
8. Apakah cara pembayaran yang pihak kami terima?
Setakat ini pihak kami hanya menerima dua jenis kaedah pembayaran iaitu melalui laman web kami & bank in secara terus (melalui Whatapps)
9. Berapakah caj yang kami kenakan untuk penghantaran?
Anda boleh memilih lokasi yang anda hendak kami hantarkan semasa proses pembelian. Setiap lokasi akan dikenakan caj yang berbeza mengikut jarak dan segala jenis caj akan dipaparkan sebelum anda memuktamadkan proses pembelian.
10. Bolehkah saya meminta untuk melakukan penukaran atau pembayaran balik selepas 24jam daripada waktu penghantaran produk telah dilakukan?
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tersalah memilih produk sewaktu proses pembelian, akan tetapi pihak kami akan bertanggungjawab sekiranya produk yang dihantar itu rosak dan berlainan dengan apa yang anda beli dengan syarat tidak lebih daripada 24 jam dari
waktu produk diterima.
Polisi Pemulangan
Sebarang masalah berkaitan produk dan perkhidmatan kami boleh anda kemukakan aduan kepada pihak kami ( boleh dapatkan cara menghubungi kami di ruangan “Hubungi Kami”). Pasukan kami akan menyemak dan mengkaji segala aduan anda dan akan cuba menyelesaikan aduan tersebut secepat yang kami mampu. Walaubagaimanapun ada beberapa syarat sebelum aduan anda akan dilayan oleh pihak kami.
- Pastikan anda menyimpan resit dan bukti pembelian.
- Semasa proses penghantaran dilakukan, pihak kami akan mengambil gambar terlebih dahulu sebagai bukti bahawa produk tersebut dalam keadaan yang baik semasa diterima oleh anda untuk mengelakkan daripada terjadi kes penipuan.
- Jika produk mengalami kerosakkan atau anda menerima produk yang berlainan daripada apa yang anda beli, pastikan anda membuat aduan secepat yang mungkin kerana pihak kami tidak akan melayan lagi selepas tempoh 24 jam (1 hari) selepas produk diterima.
- Pastikan anda tidak mengusik produk yang mengalami masalah itu kerana pihak kami berhak untuk menolak aduan anda jika terdapat sesuatu yang rosak atau hilang pada produk tersebut.
- Kami akan memberitahu anda secepat yang boleh sekiranya aduan anda diterima atau ditolak. Sekiranya anda layak, permohonan anda akan di proses dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.